PONTIAN: UMNO di enam bahagian yang berkemungkinan berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) disaran membuka war room susulan pindaan perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diluluskan parti itu semalam. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, langkah proaktif itu penting bagi membolehkan parti membuat persediaan awal di enam kerusi tersebut. Beliau yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat memberitahu, beliau menjangkakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS)…










