PETALING JAYA : Tiga beranak warga Indonesia cedera selepas dipukul seorang lelaki senegara akibat perselisihan berkaitan kerja dalam kejadian di Taman Kosas, Ampang dekat sini pada Rabu lalu. Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, seorang wanita warga Indonesia bersama ibu dan adiknya berada di perhentian bas berhadapan Jalan 1/5, Taman Kosas. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek berusia 39 tahun itu kemudian datang dengan…