PETALING JAYA: FGP Ventures Sdn. Bhd. telah didenda sebanyak RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur setelah disabitkan kesalahan berkaitan pengumpulan syer keutamaan dikenali sebagai Islamic Redeemable Preference Share (iRPS) tanpa mempunyai perlembagaan syarikat. Menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), FGP Ventures, sebuah syarikat persendirian menurut syer, telah disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 90(4) Akta Syarikat 2016. Katanya, Seksyen 90(4) Akta Syarikat 2016 merupakan peruntukan yang menyatakan bahawa adalah menjadi satu kesalahan…