KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa dengan kejadian serangan bom petrol membabitkan cawangan KK Mart di Sungai Isap, di sini, awal pagi tadi. Baginda menitahkan supaya pihak polis memberi perhatian serius serta meminta agar tindakan tegas dan segera perlu diambil dalam perkara terbabit. Al-Sultan Abdullah turut mengecam sekeras-kerasnya dan menyifatkan kejadian tersebut sebagai tindakan yang menyalahi undang-undang serta kepercayaan agama yang sentiasa…