Status halal punca minyak masak peket di seludup ke Thailand

Status halal punca minyak masak peket di seludup ke Thailand

MINYAK masak peket bersubsidi Malaysia yang dijual di pasar Narathiwat, Thailand-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Status halal yang ada pada minyak masak peket bersubsidi keluaran Malaysia menjadi punca bahan mentah itu diseludup oleh pihak tidak bertanggungjawab sekali gus meraih keuntungan berlipat kali ganda.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Sara Hidup (KPDN) Kelantan Azman Ismail yang mendedahkan bahan mentah mendapat permintaan tinggi di wilayah Narathiwat.

Menurutnya, walaupun dijual sehingga RM5.70 sekilogram namun penduduk yang majoritinya umat Islam tetap menjadikan barangan subsidi Malaysia itu sebagai pilihan.

“Selain halal, minyak seludup ini masih lagi rumah jika hendak dibandingkan dengan keluaran negara berkenaan iaitu RM8 untuk satu liter.

Jadi…disebabkan itu, penyeludup mengambil kesempatan untuk membawa keluar barangan subsidi ke negara jiran menggunakan pangkalan haram yang terdapat di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azman memberitahu, KPDN Kelantan sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasa di sempadan dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan barangan subsidi.

Katanya, aktiviti itu dijangka akan terus rancak memadangkan permintaan tinggi sepanjang Ramadan dan Syawal tidak lama lagi.

“Bentuk muka bumi yang hanya dipisahkan oleh Sungai Golok menyebabkan ketirisan ini senang berlaku.

“Bagaimanapun kawalan ketat sentiasa dilakukan terutama di kawasansempadan seperti Tumpat, Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tanah Merah,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya