KUALA LUMPUR: Sewa tapak bazar Ramadan tinggi yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadi punca peniaga menaikkan harga jualan, bukannya akibat kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam lawatan beliau ke beberapa tapak bazar Ramadan sebelum ini, mendapati kos sewa tapak terlalu tinggi. Justeru, beliau mengingatkan PBT agar tidak menekan peniaga dengan meletakkan kos sewa tapak yang mahal atau menaikkan kadar sewa…