JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menegaskan beliau tiada agenda untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Presiden PKR. Sebaliknya, gesaan agar kerajaan memberi penjelasan berhubung kejatuhan nilai matawang ringgit yang dibuat beliau atas kapasiti wakil rakyat dalam usaha membela masyarakat negeri ini. “Saya tidak akan berasa takut untuk terus mengkritik Kerajaan Perpaduan walaupun merupakan seorang wakil rakyat kerajaan, ini kerana saya perlu…










