Rumah penoreh getah dipecah masuk, senapang patah dilarikan pencuri - Utusan Malaysia

Rumah penoreh getah dipecah masuk, senapang patah dilarikan pencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Rumah seorang penoreh getah dipecah masuk dan senjata api miliknya turut dilarikan pencuri dalam kejadian di Kampung Air Kuning Selatan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, kira-kira pukul 9.51 malam tadi, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian pecah rumah mangsa iaitu seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun.

Menurutnya, kejadian tersebut telah mengakibatkan mangsa kehilangan selaras senjata api jenis shotgun 12 bore, 200 butir peluru 12 bore dan seunit peti besi simpanan senapang.

“Berdasarkan siasatan awal, kejadian pecah rumah dipercayai berlaku di antara pukul 2.30 petang sehingga 8 malam. Ketika kejadian mangsa tiada di rumah dan berada di Gemas.

“Sehubungan itu, polis kini sedang mengesan suspek yang terlibat. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin melalui nombor telefon 06-4431999 atau 06-4411222 dan boleh juga menghubungi balai polis berhampiran.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya