Ringgit rendah, ramai penoreh Thailand ‘balik kampung’ - Utusan Malaysia

Ringgit rendah, ramai penoreh Thailand ‘balik kampung’

Kerajaan rangka pelbagai program untuk tingkatkan pengeluaran hasil getah. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kadar tukaran ringgit lebih rendah berban­ding mata wang baht ketika ini menyebabkan ramai rakyat Thailand yang bekerja sebagai penoreh memilih untuk ‘balik’ kampung.

Situasi itu menjejaskan pengeluaran getah sekali gus menyaksikan banyak kebun yang ‘terbiar’.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Pertubuhan Usa­hawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM) Kameruzaman Ab. Rahman berkata, ‘kepulangan’ penoreh-penoreh getah Thailand ke negara asal mereka memberikan kesan kurang baik kepada perkembangan industri.

Menurutnya, hal ini kerana mereka antara tunggak yang menggerakan kerja-kerja di peringkat pengeluaran hasil.

“Ramai warga Thailand sudah pulang ke negara mereka disebabkan upah rendah kesan tukaran ringgit kepada baht Thai.

“Saya melihat, kerajaan perlu mengambil serius perkara ini kerana jika berlarutan lebih banyak kesan tidak baik kepada industri getah negara,” katanya.

Kameruzaman berkata, ke­tidaktentuan harga pasaran getah ketika ini juga menyebabkan banyak kebun tidak ditoreh.

Katanya, hasil pendapatan daripada torehan getah ketika tidak dapat menampung pe­ningkatan kos sara hidup.

“Harga semasa getah i antara RM3 hingga RM3.50 sekilogram dan sangat sulit buat penoreh serta pekebun dalam meneruskan hidup mereka,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×