Rezeki anak dapat baju Melayu baharu

Rezeki anak dapat baju Melayu baharu

KHADIJAH Mohd. Sani mencuba baju Melayu pada Muhammad Aqil Halif ketika Program Tautan Kasih Ramadan anjuran Zakat Melaka dan PNMB di Bukit Piatu, Melaka. – UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Ada masa terlintas di fikiran saya sama ada mampu atau tidak untuk membeli baju raya baharu untuk anak-anak pada tahun ini.”

Itu luahan seorang ibu tunggal, Khadijah Mohd. Sani, 35, ketika ditemui Utusan Malaysia pada Program Tautan Kasih Ramadan anjuran Zakat Melaka dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB).

Kata ibu kepada dua cahaya mata itu, dia hanya memperoleh pendapatan harian sebanyak RM30 dengan menjual kuih-muih di bazar Ramadan dan kedai makan.

“Saya menjual kuih dengan menumpang gerai kenalan di Bazar Ramadan Masjid Tanah dan kedai di sekitar rumah. Setelah tolak segala macam kos hanya tinggal RM30 sahaja.

“Buka sekolah, Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri sangat dekat menyebabkan saya sendiri tidak tahu mampu atau tidak menyediakan baju baharu untuk anak. Ada masanya anak-anak akan tanya bila saya akan beli baju baharu untuk mereka.

“Alhamdulillah anak faham kalau saya beritahu tunggu ada duit baru beli. Walau susah macam mana pun saya cuba belikan sehelai kerana anak-anak adalah sumber kebahagian dan rezeki saya,” katanya.

Tambah Khadijah, dia ber­syu­kur apabila dihubungi pihak sekolah yang memaklumkan anaknya, Muhammad Aqil Halif, 7, layak menerima sumbangan sepasang baju Melayu, songkok serta samping.

Menurutnya, sumbangan itu dianggap sebagai rezeki buat anak sulungnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN