SEREMBAN: Jumlah permohonan bantuan yang diterima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan pada tahun lalu didorong pertambahan orang ramai yang tampil memohon tidak memenuhi syarat kelayakan. Pengarah JKM Negeri, Rosnah Sardi berkata, bagi tahun lepas sahaja sebanyak 9,128 permohonan bantuan JKM mengikut kepada kategori skim serta keperluan golongan sasar telah diterima berbanding 8,195 permohonan pada tahun 2022 “Antara faktor mendorong penambahan permohonan bantuan JKM tersebut adalah kerana ramai…