Premis judi terakhir di Perlis ditutup

Premis judi terakhir di Perlis ditutup

PENUTUPAN premis terakhir judi di Padang Besar pada Rabu lalu menjadikan Perlis negeri bebas atau sifar premis berkenaan. UTUSAN/ASRUL AIMRAN ABD. JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Penutupan premis terakhir judi di Padang Besar pada Rabu lalu menjadikan Perlis secara rasminya menjadi negeri sifar premis berkenaan.

Terdapat enam premis judi di negeri ini sebelum ini dengan empat daripadanya ditutup tahun lalu manakala yang kelima pada 31 Januari lalu.

Perlis mengikut jejak langkah Kelantan, Terengganu, Kedah yang terlebih dahulu mengharamkan operasi premis judi berkenaan.

Bagi Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli, beliau gembira penutupan itu dapat dilakukan sebelum kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan minggu depan.

“Alhamdulilah, mengharapkan keberkatan bulan Ramadan yang menghampiri, tiada lagi premis judi di bumi kecil dan berkah ini,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri, Asrul Aimran Abd. Jalil berkata, kerajaan negeri sedar bahawa aktiviti perjudian membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

“Keputusan untuk menghentikan lesen premis judi ini demi memastikan rakyat pelbagai agama dan kaum di Perlis dapat hidup dengan selamat dan sejahtera,” katanya.

Mengenai aktiviti perjudian secara haram, katanya, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan agensi-agensi yang bertanggungjawab membanteras kegiatan itu.

Beliau juga mengajak rakyat agar berganding bahu dengan membantu menyampaikan maklumat agar isu berkenaan dapat ditangani secara berkesan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN