Pemain kebangsaan Palestin perkuat Kelantan United

Pemain kebangsaan Palestin perkuat Kelantan United

ODAY Kharoub (tengah), Mohamad Fazrul Amir Md.Zaman (kiri) dan Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali (kanan) kini sah bersama Kelantan United. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan United membawa masuk Oday Kharoub, 31, yang merupakan pemain kebangsaan
Palestin dalam usaha memperkasakan pasukan bagi mengharungi saingan Liga Super musim ini.

Presidennya Rozi Muhamad berkata, pemilihan pemain dibuat selepas pihak pengurusan terpikat dengan aksi yang diperagakan sepanjang aksi Piala Asia di Qatar baru-baru ini.

Menurutnya, selain Oday pasukan itu akan membawa empat lagi pemain untuk memperkasakan Kelantan United sekali gus memberikan cabaran dalam saingan musim ini.

“Kita yakin Oday mampu memberikan persembahan terbaik dan membantu pasukan mengharungi saingan Liga Super.

“Pada masa sama, kehadiran Oday turut membawa semangat solidariti kepada perjuangan Palestin yang cukup iatimewa dengan rakyat Malaysia,” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Menandatangani Kontrak Pemain Baharu Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.

Rozi memberitahu, sebagai tanda sokongan sebahagian kutipan tiket pada musim ini akan disumbangkan kepada negara berkenaan.

Katanya, beliau berharap penyokong-penyokong akan terus berdiri teguh bersama pasukan dan memenuhi stadium demi solidariti kepada Palestin.

Dalam perkembangan lain, Rozi berkata, persiapan Kelantan United sudah mencapai tahap 70 peratus termasuk rombakan besar-besaran.

Katanya, pada masa sama Kelantan United akan dijenamakan semula supaya selari dengan imej negeri.

“Rombakan ini juga bakal menyaksikan pasukan akan dibarisi oleh 80 peratus muka baharu termasuk dua pemain tempatan yang baru menandatangani kontrak pada hari ini.

“Dengan itu kita maklumkan bahawa bekas pemain tengah Kelantan FC, Mohamad Fazrul Amir Md. Zaman dan bekas pemain Terengganu FC, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali kini sah bersama Kelantan Uniter,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN