KUALA TERENGGANU: Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering di sini dijangka kembali sibuk dan bertukar menjadi pusat pendaratan ikan utama di negeri ini selepas projek menaik taraf pemecah ombak dan infrastruktur di pelabuhan tersebut siap tidak lama lagi. Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah memulakan kerja-kerja penilaian dan kajian terhadap projek tersebut selepas kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM192 juta untuk membangunkan projek tersebut pada tahun lalu. Menurutnya, peruntukan tersebut melibatkan kerja-kerja mendalamkan pelabuhan, menaik taraf pemecah ombak serta kompleks pelabuhan untuk keselesaan nelayan. Katanya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya