SHAH ALAM: Kementerian Ekonomi akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Sarawak minggu hadapan bagi membincangkan mengenai pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU). Menterinya, Rafizi Ramli berkata, ia berikutan ada arahan oleh kerajaan negeri agar pendaftaran dan kemas kini PADU di negeri itu ditangguhkan. “Setakat ini, saya difahamkan arahan untuk pendaftaran ditangguhkan hanya tertakluk kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri sahaja. “Kita telah menghubungi kerajaan Sarawak dan minggu depan Kementerian Ekonomi akan duduk…










