SEREMBAN: Sebanyak 20 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) umiversiti awam serta tujuh MPP institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di seluruh negara masing-masing bakal menerima peruntukan sebanyak RM20,000. Perkara berkenaan diumumkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kepada semua 95 orang pemimpin MPP yang menyertai Permukiman Siswa dan Latihan Kepimpinan Muda Kebangsaan (Karisma) yang berlangsung selama tiga hari di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), di sini. Menurut Zambry, program…