JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) akan mengambil sampel kesemua 20 sungai yang terdapat di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu setiap dua bulan sekali bagi memastikan isu pencemaran tidak berulang. Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd. Rahman berkata, setiap sungai melibatkan tiga pengambilan sampel berbeza, iaitu masing-masing di kawasan hulu, tengah dan kuala yang bertujuan memastikan lokasi tepat yang telah tercemar bagi membolehkan tindakan segera diambil. “Selain itu, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) juga telah menyediakan tiga langkah utama dalam mencegah pencemaran alam di kawasan berkenaan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya