MB kecewa masalah kesesakan Tambak Johor berulang

MB kecewa masalah kesesakan Tambak Johor berulang

ONN HAFIZ Ghazi berbual dengan seorang pemandu yang menggunakan laluan Tambak Johor, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bukan sekali dua, namun beberapa kali kaunter laluan motosikal dan kereta di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) tidak beroperasi dengan kapasiti penuh.

Semalam, situasi sama berulang apabila lebih 13 kaunter di laluan kereta di Tambak Johor tidak dibuka kepada orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan.

Perkara itu mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang melahirkan rasa kesal dan kecewa setelah sentiasa menitikberatkan kelancaran perjalanan kenderaan keluar masuk di CIQ.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, perkembangan pengoperasian pintu sempadan negara di CIQ BSI itu dilihat masih belum berada pada tahap kecekapan penuh.

“Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, meskipun isu kesesakan ini semakin baik, itu tidak bermakna kita semua sudah boleh berpeluk tubuh,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau membuat lawatan mengejut itu selepas menerima banyak aduan daripada orang ramai.

Onn Hafiz telah memaklumkan perkara tersebut kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan berharap isu tersebut tidak berulang lagi supaya operasi CIQ BSI lebih efisien dan konsisten.

“Semoga segala usaha bagi melancarkan pergerakan keluar masuk di pintu sempadan ini mampu diurus dengan baik dengan kerjasama daripada semua pihak. Insya-Allah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini