SEREMBAN: Malaysia berpendirian tegas supaya jenayah serta kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin dihentikan terlebih dahulu sebelum apa sahaja perjanjian damai diambil selepas ini. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ketegasan itu selepas usaha menuntut gencatan senjata dalam perang berterusan Israel di Gaza menerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sekali lagi menemui kegagalan. “Malaysia kekal membawa suara tegas sekurang-kurangnya supaya hentikan dahulu pembunuhan ini, itu yang kita mahukan, lain-lain itu,…










