PETALING JAYA: Malaysia bersedia menjadi hab kepada syarikat Jerman dan Eropah yang mahu meneroka pasaran China, Jepun dan Korea Selatan dengan menyediakan pusat untuk sektor pengeksportan. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada masa kini terdapat 700 syarikat Jerman beroperasi di Malaysia termasuk syarikat semikonduktor gergasi, Infineon Technologies membabitkan pelaburan RM25 bilion. Menurut Perdana Menteri, hal ini disebabkan beberapa faktor termasuk keamanan, pertumbuhan pesat ekonomi dan hubungan rapat Malaysia dengan Eropah,…