PETALING JAYA : Laporan beberapa portal berita dalam talian mengenai seorang penerbit filem Tamil iaitu Jaffer Sadiq yang ditahan di India mempunyai kaitan dengan aktiviti penyeludupan dadah antarabangsa termasuk Malaysia adalah tidak tepat. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, risikan pihaknya setakat ini mendapati dakwaan portal tersebut tidak tepat kerana tiada sebarang maklumat tentang penglibatan Sadiq dengan mana-mana individu warganegara Malaysia dalam aktiviti…