TEMERLOH: Lima sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki nyaris maut apabila kereta dinaiki terbabas dalam kejadian kemalangan di Kampung Paya Keladan di Jalan Temerloh-Jerantut di sini. Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.36 petang tadi. Menurutnya, dalam operasi menyelamat, dua jentera bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh dikejarkan ke lokasi kejadian. “Berdasarkan maklumat awal,…

								
											








