MERSING: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki meliwat seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, suspek berusia 36 tahun yang ditahan semalam kini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
“Disahkan ada tangkapan seorang lelaki
Memuatkan artikel berkaitan…
tempatan berkaitan kes liwat yang dilaporkan. Kes masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Abdul Razak berkata, pihaknya masih melakukan siasatan lanjut tentang dakwaan itu sama ada mangsa lebih daripada seorang.
“Masih dalam siasatan sebab kejadian lama. Setakat ini ada dua pengadu usia yang sama,” katanya. – UTUSAN











