BATU PAHAT: Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap enam ketul tulang yang ditemui berdekatan lokasi penemuan rangka Bella di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di sini bulan lalu disahkan milik wanita malang itu. Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan sampel patologi rangka manusia yang dihantar ke Jabatan Kimia Johor pada 28 Februari lalu diperoleh kelmarin. “Melalui laporan diterima pihak polis mengesahkan hasil analisis…