KEMAMAN: Ramadan memberi rezeki berganda buat seorang gadis yang mengusahakan perniagaan ‘Kuih Tradisional Anak Dara’ di Bandar Baru Bukit Mentok, dekat sini, apabila kuih yang dijualnya mendapat permintaan tinggi. Nor Nabilah Zakara, 28, berkata, permintaan kuih tradisional yang dijualnya iaitu kuih bakar, kuih bingka kelapa dan akok telur meningkat tiga kali ganda berbanding jualan pada hari biasa. “Lazimnya saya hanya jual 100 biji kuih tradisional sehari, namun pada bulan Ramadan…