JOHOR BAHRU: Sempena Ramadan kali ini, Kolej Kemahiran Johor (KKJ) menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan wang tunai kepada 20 penuntutnya yang terdiri daripada keluarga memerlukan. Seorang penerima, Muhammad Fairuz Peldaus mengakui amat bersyukur dan terharu dengan usaha yang diambil pihak kolej bagi meringankan kos sara hidup keluarganya ketika menyambut puasa. Penuntut berusia 17 tahun yang tinggal berdua bersama ibunya, Norzana Wahid, 51, yang merupakan pekerja pembersihan di sebuah rumah perlindungan…