KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan tiga kadar bayaran zakat fitrah iaitu RM7, RM14 dan RM21 bagi tahun ini. Yang Dipertuanya Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, bagaimanapun pembayar zakat boleh memilih kadar tersebut berpandukan kepada harga beras yang dimakan oleh mereka. Menurutnya, kadar bayaran itu telah mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri mengikut…










