KDN FC tagih 'magis' Rizal Zambery

KDN FC tagih ‘magis’ Rizal Zambery

REZAL Zambery Yahya (kanan) dilantik secara rasmi sebagai Penolong Ketua Jurulatih KDN FC setelah menandatangani kontrak di Pejabat Urusan KDN FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan semalam.-IHSAN KDN FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) menagih magis’ bekas pengendali The Red Warriors (TRW) Rezal Zambery Yahya untuk memperkasakan barisan kejurulatihan pasukan itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Presidennya, Rozi Muhamad berkata, pemilihan Rezal Zambery sebagai penolong jurulatih tepat pada masanya selepas membuktikan kebolehan membangunkan pemain muda ketika menjulang TRW muncul naib juara Liga Premier pada musim 2022.

“Saingan musim ini, KDN FC menggunakan khidmat ramai pemain muda pada musim ini dan kita pernah lihat beliau keupayaan beliau membentuk barisan pemain muda bersama pasukan sebelum ini.

“Insya-Allah padanan beliau bersama lain-lain jurulatih akan membolehkan kita memberi cabaran hebat dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Kita juga percaya Rezal Zambery akan meletakkan KDN FC pada landasan terbaik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rezal Zambery memulakan karier bola sepak profesionalnya bersama Johor FA bermula tahun 1997 sehingga tahun 2000 dan pernah menyarung jersi Kelantan FA pada tahun 2001 selain beberapa pasukan lain termasuk Johor FC (kini Johor Darul Ta’azim FC).

Sebagai pemain kebangsaan beliau telah membuat 10 penampilan bersama skuad Harimau Malaya bermula tahun 2005 sehingga tahun 2007 dengan posisi utama sepanjang kariernya adalah sebagai pemain tengah.

Beliau menyertai Kelantan United FC (kini KDN FC) pada pertengahan musim lalu sebagai Pengarah Pembangunan Akar Umbi sebelum dilantik sebagai Ketua Jurulatih Skuad Bawah 16 dan membawa pasukan remaja itu muncul naib juara U16 Kasaoka International Friendly Tournament di Jepun pada November tahun lalu.

Selain itu, KDN FC turut membawa masuk Abdul Rahman Baba sebagai jurulatih penjaga gol, Ashadi Mohd. Yusoff (penolong jurulatih) dan Mohamad Fazrul Jafar @ Abd. Rahman (jurulatih kecergasan).-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN