KUCHING: Kanser kolorektal merupakan kanser kedua tertinggi di Sarawak, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian. Menurutnya, kira-kira 350 orang menghidap kanser kolorektal setahun di negeri ini dan kira-kira 35 peratus adalah di peringkat empat. “Kanser kolorektal adalah kanser kedua tertinggi di Sarawak, pakar juga mengatakan 70 peratus berada di tahap 3 dan 4. Ini bermakna hanya 30 peratus boleh sembuh. “Justeru, semua orang harus bertanggungjawab…