Kanak-kanak sah maut dikelar - Polis - Utusan Malaysia

Kanak-kanak sah maut dikelar – Polis

KENDERAAN yang membawa jenazah kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan yang maut disyaki dikelar oleh ibu kandungnya keluar meninggalkan Jabatan Perubatan Forensik HSI, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan yang dilaporkan maut di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang semalam sah dikelar pada bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi berkata, mangsa, Muhammad Uwais Mohd. Khairul itu maut di lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan maut akibat dikelar pada bahagian leher. Lokasi kejadian adalah di ruang tamu kediaman keluarga berkenaan,” katanya sambil mengesahkan suspek utama, iaitu ibu kandung mangsa ada rekod kesihatan mental.

Mohd. Sohaimi berkata, pihaknya juga telah mengambil keterangan seorang jiran bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, mayat kanak-kanak tersebut telah dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung halaman keluarganya di Felda Redong, Segamat selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar memberitahu, pihaknya telah menahan ibu kandung mangsa bagi membantu siasatan selepas menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada pukul 1.30 petang semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×