SEREMBAN: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan menjangkakan berlaku peningkatan sehingga 20 peratus jumlah sisa buangan bahan makanan dari bazar Ramadan di negeri ini. Pengarahnya, Hazahar Hashim berkata, jangkaan tersebut berdasarkan terdapatnya penambahan lokasi dan peniaga di bazar Ramadan pada tahun ini. “Di Seremban dan Nilai sahaja terdapat sebanyak 49 buah lokasi bazar Ramadan, penambahan sebanyak 15 lagi lokasi oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS). “Oleh itu…










