JKMU Sungai Buloh tawar 50 peratus diskaun - Utusan Malaysia

JKMU Sungai Buloh tawar 50 peratus diskaun

RAMANAN (tengah) beramah mesra dengan penduduk setempat ketika jualan Happy Hour yang berlangsung selama satu jam pada program JKMU, di sini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Kerajaan memberi 50 peratus diskaun bagi barangan keperluan dapur dan kelengkapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersempena dengan program Jualan Madani Koperasi dan Usahawan (JKMU).

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan berkata, pemberian diskaun khas tersebut adalah untuk meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi rakyat.

Kata beliau, program JKMU akan membantu rakyat terutama yang beragama Islam melakukan persiapan bagi menyambut perayaan Aidilfitri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada hari ini, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM): telah mendapat kerjasama 12 operator koperasi untuk terlibat dalam program JMKU yang menawarkan harga barangan keperluan asas harian dengan potongan harga bermula 30 peratus.

“Di samping itu, saya selaku Ahli Parlimen Sungai Buloh akan menambah lagi peratus diskaun khas untuk warga Sungai Buloh supaya program JMKU ini akan menjadi yang termurah di seluruh negara,” katanya semasa berucap di Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA) Paya Jaras, di sini.

Untuk rekod, antara barangan keperluan yang dijual adalah ayam, telur, kuih raya, makanan sejuk beku, daging, sayur-sayuran dan pakaian.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, beliau turut menyumbang sebanyak 20 peratus semasa jualan ‘Happy Hour’ bagi menjadikan jumlah diskaun sebanyak 50 peratus berbanding sebelumnya hanya 30 peratus.

Katanya, jualan Madani akan diteruskan dan diadakan beberapa kali sepanjang tahun ini khas untuk warga Sungai Buloh.

*Saya sendiri akan menaja dengan memberi subsidi bagi memberikan lebih penjimatan untuk barangan keperluan yang akan dijual nanti, katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sungai Buloh itu turut menyampaikan cek cura kemudahan pembiayaan dan bantuan daripada agensi-agensi di bawah KUSKOP berjumlah RM6.15 juta kepada 13 penerima koperasi dan usahawan bagi membiayai perkembangan perniagaan mereka.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu bahawa JKMU tahun ini mencatat jumlah jualan sebanyak RM1.1 juta kepada 38 koperasi yang dilantik sebagai operator jualan setakat 26 Mac lepas dan sebanyak 13 program JMKU telah dilaksanakan di 12 kawasan Parlimen setakat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini