JKDM Kelantan gagal cubaan seludup 10.17 tan minyak masak berubsidi

JKDM Kelantan gagal cubaan seludup 10.17 tan minyak masak berubsidi

WAN Jamal Abdul Salam Wan Long (tiga kanan) bersama Azman Ismail (dua kiri) menunjukkan minyak yang dirampas dalam serbuan di  Jambatan Kampung Kubang Panjang,  Tumpat, Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan  menggagalkan cubaan menyeludup 10,175 kilogram (Kg) minyak masak ke negara jiran selepas menahan sebuah lori berhampiran Jambatan Kampung Kubang Panjang,  Tumpat semalam.

Dalam serbuan pukul 4 pagi itu, anggota bertugas turut menahan pemandu dan kelindan lori tersebut yang berusia 30-an untuk membantu siasatan.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, kejayaan rampasan itu hasil maklumat risikan dan intipan yang dilakukan oleh JKDM Kelantan.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas lori itu membawa kepada penemuan 10.17 tan minyak masak peket dianggarkan berjumlah RM20,350.

“Siasatan mendapati kesemua minyak masak ini datang dari Ipoh, Perak,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan di sini hari ini .

Hadir sama Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, hasil soal siasat yang dijalankan suspek mengaku hanya mengambil upah untuk membawa barangan tersebut dengan bayaran RM300.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya