KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) bagi meningkatkan keselamatan digital turut mengambil kira tindakan sewajarnya terhadap institusi perbankan yang cuai bagi jenayah penipuan dalam talian (online scam). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran berkata, bank perlu bertanggungjawab dan tidak boleh mengelak daripada diambil tindakan sekiranya menjadi punca kepada kes penipuan dalam talian. “RUU yang sedang dikaji ini merangkumi semua aspek termasuk yang diperkatakan (Ahli Parlimen)…