JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen negeri ini menahan seramai 44 warga asing termasuk 42 wanita yang dipercayai berkhidmat sebagai ‘flower girl’ di pusat hiburan di sekitar Iskandar Puteri, Jumaat lalu. Pengarahnya, Baharuddin Tahir berkata, kesemua wanita warga asing yang terdiri daripada 40 rakyat Thailand dan masing-masing seorang Indonesia dan Myanmar itu ditahan dalam Op Gegar yang dijalankan sepasukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan pada pukul 12.10 tengah malam. “Serbuan itu dijalankan ekoran…










