Hargai peranan dimainkan wanita - Utusan Malaysia

Hargai peranan dimainkan wanita

Hargai peranan wanita.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Golo­ngan wanita disifatkan sebagai tonggak utama dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara maka peranan yang dimainkan oleh mereka perlu terus dihargai semua pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa berkata, wanita memainkan tanggungjawab sebagai seorang ibu hingga ke pemimpin di persada global.

Kata beliau, sumbangan wanita seharusnya diakui dan dihargai oleh setiap lapisan masyarakat.

“Sayamengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia kepada seluruh wanita di Malaysia, khususnya di Wilayah Persekutuan.

Bersama-sama kita memartabatkan wanita yang merupakan tulang belakang dan pemangkin kepada kecemerlangan negara. Selamat Hari Wanita Sedunia,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, realitinya wanita sudah mula diposisikan di titik ter­tinggi dengan ruang-ruang yang sudah dibuka kepada golongan tersebut.

“Buat semua wanita, semoga terus sakti dalam menempuhi mehnah dan tribulasi dalam menelusuri perjalanan mengemudi sebuah bahtera kehidupan,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beliau berharap golongan wanita terus maju di dalam bidang yang diceburi.

“Pelbagai langkah diambil sepanjang tahun lalu bagi memperkasakan wanita dalam sukan (antaranya) representasi wanita dalam Lembaga Pengarah Badan Berkanun di bawah Kementerian Belia dan Sukan meningkat daripada 19 peratus ke 30.6 peratus.

“(Selain itu beberapa) pembaharuan memperkasakan wanita seperti mewujudkan klinik kesihatan wanita pertama untuk atlet di sekolah dan membangunkan Kod Sukan Selamat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat untuk wanita bersukan,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×