PASIR MAS: Kenaikan harga getah sekerap kepada RM4 sekilogram sejak seminggu lalu bukan sahaja melegakan golongan pekebun kecil dan penoreh, malah disifatkan sebagai ‘bonus’ buat mereka menjelang Aidilfitri. Rata-rata penoreh yang ditemui mengakui kenaikan itu membantu mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri dengan lebih selesa. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penoreh, Mariam Seman, 46, dari Kampung Baroh Pial berkata, kenaikan itu sangat menggembirakan penoreh kerana harga itu antara tertinggi sejak 2022. Menurutnya, situasi itu membantu meringankan beban penoreh yang sejak beberapa bulan lalu terpaksa mengikat perut berikutan musim tengkujuh dan harga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya