ALOR SETAR: Gangguan bekalan air di negeri ini masih terkawal dengan hanya 1.3 peratus atau 8,000 daripada 645,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) terjejas sepanjang musim kemarau akibat El Nino. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan dan Sumber Air, Pengairan dan dan Saliran negeri, Mohamad Yusoff Zakaria berkata, selain itu, SADA turut mengambil inisiatif menambah peruntukan bagi mengatasi masalah bekalan air akibat empangan di seluruh negeri menyusut…