DUN Kelantan: Miskin tegar meningkat

DUN Kelantan: Miskin tegar meningkat

DR. IZANI HUSSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jumlah miskin tegar di Kelantan menunjukkan peningkatan sebanyak 4.1 peratus iaitu 14,092 keluarga berbanding sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan, Datuk Dr Izani Husin berkata, jumlah itu berpandukan kepada data itu dikeluarkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM)
Kelantan menerusi mesyuarat terbaharu yang diadakan pada 22 Januari lalu.

Menurutnya, bagi kategori miskin pula membabitkan 63,060 keluarga.

“Pendapatan keluarga bagi miskin tegar adalah RM1,199 dan bagi miskin pula adalah RM2,199,” katanya semasa menjawab soalan dikemukakan Shaari Mat Yaman (Bunut Payong-Pas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang itu memberitahu, kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah dalam usaha mengurangkan bilangan miskin tegar.

Katanya, langkah yang diambil dengan mengaktifkan Mesyuarat Fokus Group Kesejahteraan Rakyat (FGN) di peringkat negeri dan Fokus Group Kesejahteraan Rakyat (FGD) di peringkat jajahan.

“Kerajaan memfokuskan kepada empat langkah sebagaimana pelan strategik berkenaan iaitu memantapkan data (Lock Figure Miskin Tegar Tahun 2024) dengan mempergiatkan proses Pemutihan Data Miskin Tegar oleh PPN ICU JPM termasuk membuat semakan awal oleh Pejabat Tanah dan Jajahan serta membuat pengesahan status kemiskinan tegar semasa.

“Selain itu melaksanakan pemurniaan data secara menyeluruh dengan semua Agensi Pemberi Bantuan seperti Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Perbendaharaan Negeri dan badan sosial yang menyediakan pencen ilat, pesara kerajaan dan swasta,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×