JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri merancang untuk membuka semula Litar Pasir Gudang yang ditutup sejak sembilan tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, perkara itu akan dipersembahkan kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim. Menurutnya, beliau bersama Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi akan menghadap baginda berhubung perkara itu selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. “Selepas Tunku Mahkota Ismail berkenan melancarkan…










