PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Kelang, Datuk Abdul Rashid Asari mendakwa Bersatu Selangor kini dikuasai ‘kumpulan kartel’ yang dipimpin oleh individu ‘baru sehari dua’ sertai parti tersebut. Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Rashid berkata, ia antara punca mengapa beliau memberi sokongan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari di Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun masih ahli parti tersebut. Rashid sebelum ini Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor yang dipertanggungjawabkan…









