KUALA TERENGGANU: Batik Terengganu masih mendapat tempat di hati peminatnya untuk dijadikan busana istimewa pada Hari Raya Aidilfitri nanti. Beberapa pengusaha batik yang ditemui berkata, meskipun pelbagai rekaan membanjiri pasaran, batik tetap menjadi buruan ramai dek rekaannya yang malar segar dan sesuai digayakan pada bila-bila masa. Pemilik Gee Batik Collections, Noorazizah Kassim berkata, dia dan beberapa pengusaha batik di Terengganu tidak menang tangan melayani permintaan pelanggan yang membuat tempahan batik…