MERSING: Persiapan awal Syawal yang dilakukan sebuah keluarga di Kampung Tanjung Resang, Endau dekat sini musnah apabila kediaman mereka terbakar malam tadi. Mohd. Saifulizam Saat, 38, berkata, kebakaran pada pukul 9.15 malam itu menyebabkan hampir keseluruhan rumah pusaka keluarganya musnah dijilat api. Ketika kejadian dia bersama isteri, ibu serta tiga orang anak sedang berehat di bilik masing-masing. “Saya dalam bilik sedang tidurkan anak yang berusia 10 bulan. Kejadian disedari isteri…