Ayam goreng RM1 jadi ‘lubuk’ pahala bulan Ramadan

Ayam goreng RM1 jadi ‘lubuk’ pahala bulan Ramadan

NORMELYANA Asli Nor masih memperoleh untung meskipun menjual ayam goreng pada harga RM1 di Kampung Raja Dagang, Pasir Puteh, Kelantan. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang peniaga dari Kampung Raja Dagang di sini nekad menjual ayam goreng keju Korea pada harga RM1 sebagai ‘lubuk’ pahala sepanjang Ramadan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Normelyana Asli Nor, 31, berkata, meskipun berdepan peningkatan kos bahan mentah, ia tidak menghalang niat ikhlasnya untuk bersedekah melalui jualan ayam tersebut.

Menurutnya, dia masih memperoleh keuntungan walaupun makanan itu dijual pada harga RM1.

“Niat saya supaya lebih ramai kanak-kanak yang gemar ayam goreng dapat membelinya termasuk keluarga ansaf. Alhamdulilah, setiap hari saya perlukan 10 ekor ayam untuk menyediakan hidangan ini.

“Selain itu, saya turut menjual ayam goreng biasa kepada pelanggan yang mahu menjadikan ia sebagai juadah berbuka puasa atau bersahur,” katanya ketika ditemui di warung jualannya di Kampung Raja Dagang di sini.

Normelyana memberitahu, gerainya mula dibuka seawal pukul 4 petang dan pada masa sama bersedia menerima tempahan daripada pelanggan yang mahu bersedekah.

Katanya, setakat ini dia acap kali menerima tempahan untuk disedekahkan kepada pelajar tahfiz dan kariah masjid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN