KUALA TERENGGANU: Isu lambakan songket tiruan dari negara jiran dan ekonomi merudum ketika ini tidak menjejaskan permintaan songket asli Terengganu menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Pengurus Jualan A&Z Songket, Emma Surianti Che Mustaffa berkata, jualan songket di butik tersebut meningkat hampir 50 peratus berbanding bulan-bulan biasa. Menurutnya, A&Z Songket menyasarkan jualan mencecah 300 helai untuk Hari Raya Aidilfitri kali ini. Setakat ini, lebih 100 helai songket asli Terengganu…










