TAPAH: Setiap kali Ramadan, bubur lambuk yang diagihkan secara percuma setiap hari oleh Masjid Jamek Tapah Road di sini pasti menjadi rebutan kariah sekitar malah sehingga Kampar dan Ipoh. Tiada rahsia perihal ramuannya, namun kira-kira 350 bekas juadah itu akan licin kurang sejam sebaik sahaja mula diagihkan kira-kira pukul 2 petang. Menurut tukang masak dan ahli kariah masjid, Mohd. Kamal Hashim, 53, agihan bubur lambuk percuma di masjid itu bermula…