PETALING JAYA: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2022 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam mengemukakan 16 syor kepada agensi Persekutuan bagi tujuan penambahbaikan. Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi berkata, syor itu antaranya Ketua Agensi Persekutuan hendaklah mengemukakan Penyata Kewangan untuk diaudit mengikut tempoh ditetapkan dan memastikan geran dibelanja mengikut tujuan dalam tempoh ditetapkan. “Pinjaman yang dibuat oleh agensi Persekutuan perlu dijelaskan mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan supaya tidak membebankan Kerajaan Persekutuan yang perlu menanggung kos kewangan melebihi tempoh sepatutnya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya