Wujudkan dasar utamakan graduan tempatan

Wujudkan dasar utamakan graduan tempatan

DASAR pekerja tempatan mampu melahirkan tenaga kerja berkemahiran secara berterusan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Negara perlu mewujudkan sebuah dasar yang me­netapkan setiap syarikat memberi keutamaan terhadap graduan tempatan dalam pengambilan pekerja.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Kongres Kesatuan Seker­ja Malaysia (MTUC), Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata, dasar tersebut dapat membantu menjaga kebajikan pekerja tempatan.

Menurut beliau, kewujudan dasar tersebut akan dapat menyelesaikan masalah pasaran pekerja dalam negara yang ketika ini menghadapi kekurangan pekerja tempatan dan kebergantungan terhadap pekerja asing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini juga dapat menyokong pembangunan ekonomi dalam jangka panjang dengan memberikan peluang pekerjaan kepada komuniti tempatan.

“Dasar memberi keutamaan kepada graduan tempatan juga dapat memotivasikan sistem pendidikan tempatan untuk lebih menyesuaikan kurikulum dengan keperluan pasaran pekerjaan tempatan.

“Ini akan menghasilkan lebih banyak pekerja yang memiliki kemahiran dan pengetahuan yang sepadan dengan keperluan industri tempatan, mencipta keharmonian antara penawaran tenaga kerja dan permintaan pasaran,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, dasar untuk membenarkan pelajar asing bekerja dalam negara akan menutup peluang graduan tempatan dan merugikan pelaburan yang dilakukan untuk melahirkan tenaga mahir.

Mohd. Effendy berkata, kerajaan seharusnya mengambil langkah yang seiring dengan usaha memperkukuhkan kemahiran dan kebolehpasaran graduan tempatan seperti penambahbaikan sistem pendidikan serta latihan  vokasional. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini