PONTIAN: Tindakan seorang tekong tempatan yang cuba menyeludup keluar empat orang pendatang asing tanpa izin (PATI) membawa padah. Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Nurul Nizam Zakaria berkata, mereka ditahan di kedudukan 1.6 batu nautika Tanjung Piai pada pukul 8 malam tadi. Katanya, bot Agensi Penguatkuasaan Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengesan sebuah bot fiber tidak bernombor dalam keadaan mencurigakan. “Melihat kehadiran kami, bot tersebut terus memecut laju ke arah perairan Indonesia.…










