SEREMBAN: Seorang warga Indonesia direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan selepas disyaki menawar dan memberikan wang rasuah berjumlah RM250 kepada anggota polis. Permohonan reman telah dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Zainab Yahya di hadapan Majistret Fairus Syuhada Amran di Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini. Sepanjang tempoh reman terbabit, suspek akan ditempatkan di lokap SPRM Negeri Sembilan. Menurut sumber, suspek lelaki itu telah ditahan kira-kira pukul…